Wednesday, March 30, 2011

Dunia Perfileman Dan Kebanggaan Menjadi Artis

setelah lama tidak mengupadate blog ini kerana busy dengan kerjaya tersendiri akhirnya dapat jugak aku peluang untuk mengupdate blog ini. thanks kepada seorang follower blog aku ni yang tak sabar nak suruh aku update blog. tak sangka aku. blog yang seburuk macam ni pon ada orang minat. haha. thanks la awak. haha. :p . aku sekarang ni entah la. busy semacam je. photoshoot sana la photoshoot sini la. sampai busy nak update story kat sini. cerita ni aku nak tulis lama dah. tapi maklum la. im busy with shoot. haha. berlagak pulak aku ni. tapi lepas ni aku nak memperlekehkan orang yang belagak dengan shooting shooting ni. termasuk dengan diri aku? ouh maybe. haha. sebenarnya bukan aku nak perlekehkan mereka yang bergelar artis ni. tak kisah la penyanyi ke pelakon ke ape ke. cuma aku nak menyedarkan 5 6 orang kenalan@kawan aku yang sudah bergelar artis. tak kesah la kau pelakon tambahan ke pelakon utama ke pelakon cuci tandas ke. aku tak kesah. tapi aku tetap respect dengan kau. yang aku pelik kat sini kenapa ramai sangat orang berlumba lumba ingin menjadi seorang yang popular? apa bestnya popular? maybe la aku rasa dorang ni nak kawan yang ramai nak orang ramai kenal dorang. nak gadis gadis yang cantik minat dorang atau lelaki lelaki yang handsome minat dengan dorang. KEBARANGKALIAN LA. jangan marah aku. malaysia negara yang bebas untuk bersuara bukan? tu pandangan aku la. aku hairan la, baru dapat pegi shoot siket ok dah heboh satu malaysia yang dia ni artis. pastu mula nak berlagak, nak sombong dengan kawan dan lupa diri. ada la 5 6 orang kawan aku yang mula berjinak dengan dunia artis ni mula nak naik kepala. mula nak tunjuk berlagak. sampai satu hari aku tegur dekat facebook pon langsung tak di layan. itu aku tak kesah la. ada yang aku jumpa kat luar bila ditegur sampai tak kenal kawan. nak lepak dengan artis je. ni yang aku rasa macam tak kene ni. come on la babe. aku pon ramai la artis yang aku kenal. tapi dorang chill je. dorang dah popular ape suma menang anugerah itu ini tapi still boleh layan orang biasa macam aku ni dengan selamba ayam je. boleh je dorang lepak makan steamboot kat tepi sogo malam minggu boleh je lepak kat warung burok tepi jalan. sedangkan dorang artis popular dari korang yang aku kenal. ni baru la jadi extra artis dah nak berlagak. orang tegur tak dilayan. ingat la. artis korang tu tak kemana pon. kat sekitar rumah aku je pun. jangan nak bangga sangat. jangan la nak pandang rendah dekat orang lain. nak cakap dia ni bukan artis dia bukan pelakon kita jangan kawan la. kau tau ke kalau dia dapat offer belakon tapi dia tolak? bukan aku nak cakap aku baik ke ape. yarh. im know. nobody perfect in the world. me too. tapi aku ada la dapat 2 3 offer untuk belakon dan 2 3 offer untuk jadi model. tapi aku tolak suma tu. tak pernah pon aku nak berlagak satu blok C ni "woiiii aku nak jadi pelakon". sorry la kalau ada yang terasa. cuma aku mintak la korang sedarkan diri tu. bukan aku jelous korang dikenali ramai. cuma aku nak korang jadi macam artis yang dah hidup dulu sebelum korang yang dah menang award macam2 tapi dia tak lupa daratan. please ok. perlu ke kau bangga dengan dunia artis kau? maybe kau kata perlu sebab dapat perhatian dari orang ramai. 2 3 hari yang lepas aku tengok teater musikal lat kampung boy. cerita dia pasal pelukis kampung boy iaitu lat. aku teringat satu babak tu dimana dia dah popular satu dunia kenal dia. tetapi hidup dia tak bahagia mana pun tapi sebaliknya dia penuh dengan kekusutan. akhirnya baru dia sedar yang populariti bukan kebahagiaan hidup. dia balik kekampung dan mulakan kehidupan baru dia. sesuai la untuk rakan2 yang aku maksudkan dengan dunia artis ni pergi tengok teater tu. memang best. aku mintak korang berubah la. jangan lupa daratan. jangan la nak berlagak dengan orang yang bukan bergelar artis. kau pon mati kekubur juga. mati pon dengan kain kafan tak de kau mati pakai kain sutera china. sedarla ok. aku mintak maaf kalau ada yang terasa. cuma niat aku satu je la. untuk menyedarkan korang yang pernah menjadi rakan aku dan sekarang mula melupakan rakan sendiri. kawan kawan korang yang lain menanti korang untuk melepak bersama. jangan perlekehkan kawan2 korang yang lain. :)


the moral of the story : jangan la kita memandang rendah kat seseorang tu kerana mungkin dia mempunyai bakat yang lebih hebat dari kita. ingat la orang yang menaikkan kita ketika kita di bawah. :)

No comments:

Post a Comment