Thursday, March 10, 2011

Sekolah Dan Asrama Teknik Juasseh? RINDU

Disaat aku membaringkan diri melayan kepenatan yang melanda, tiba tiba teringat aku sebuah kehidupan semasa aku berada di OVERSEAS selama dua tahun *katanya la. hahaha. ala, macam cerita ghost sister limah go back home. 2 tahun teman berbanting tulang dekat overseas tu. hehe. dah stop. jangan nak kemengarutan. entah la douh. tiba tiba aku teringat akan asrama yang indah dan ceria serta sekolah yang cantik dan bersih tu. hehe. macam mane entah tiba tiba aku teringat nyanyi lagu sekolah teknik juasseh. rindu ouh nak pergi sekolah balik. setiap hari isnin je muka aku la yang akan naik atas pentas waktu esembley. ari isnin je muka aku ari isnin je muka aku. muka aku je ari isnin. haha. buat ape lagi kat ats pentas tu. baca doa la douh. haha. kononnya saya ni seorang yang baik la kan. padahal kat luar hahaha.. jahatnya bertanduk tanduk. aku rasa macam nak ulang balik zaman persekolahan tu. aku rasa macam nak ulang balik hari isnin. nyanyi lagu negaraku nyanyi lagu kebesaran negeri 9 nyanyi lagu sekolah baca ikrar pastu turn aku baca doa. haha. aku rindu masa puan nor ashikin bt mad shazeli memberi ucapan. hahaha. agak blur kadang2 pengetua aku tu bagi ucapan. tapi memang sangat lawak dia tuh. haha. paling aku rindu sekali ialah waktu MPAV aku dikenali sebagai mata pelajaran aliran vokasional. hahaha. waktu ni la time to sleep(tts). haha. waktu ini la yang di tunggu tunggu oleh pelajar sekolah menengah teknik juasseh. hahaha. suma masuk bengkel masing masing dan boleh tidur. hahaha. bestnya la waktu tu. dapat melelehkan air liyur basi yang disimpan dari asrama. haha. kan best kalau dapat ulang balik suma tu.








 aku teringat pasal gambar ni.ni la waktu paling mengelaba dalam hidup aku. haha. last minute aku dipanggil oleh cikgu untuk membaca perutusan surat 1 malaysia kepada perdana menteri. perghhh!! cuak douh. aku kat belakang pentas tu dah macam ayam berak marker pen dah. tak main la kapur. sekarang dah moden. haha. gila la. aku ingat la waktu ni aku tengah dok membelek nak beli buku untuk ulangkaji *wahh! ulang kaji ker? haha. tiba tiba cikgu shahrizal panggil aku.


cikgu shahrizal : afiq afiq. awak kene tolong saya
afiq: tolong ape cikgu?
cikgu shahrizal : awak baca surat perutusan 1malaysia kepada pm jap lagi boleh.
afiq : *dengan nada terkejut. arghhh! saya ke cikgu? depan menteri tu?
cikgu shahrizal : ye la. kamu la, sape lagi. saya salah sebut nama awak ke tadi?
afiq : err. takkk.. erm.... ok la cikgu.
cikgu shahrizal : ok. bagus. ikut cikgu pegi belakang dewan amek text.

perghhhh. aku pun pergi belakang tu. dapat text ingatkan sehelai je. sekali 3 helai kertas depan belakang penuh dengan tulisan. pergghh! memang mengelupur gila la aku. berpeluh peluh aku kat pentas tu. haha. tapi akhirnya suma selesai dengan baik. malah aku dapat pujian dan di temu bual oleh reporter berita harian dan kosmo. hehe. best best. tamat cerita pasal tu.

tiba tiba aku teringat cerita pasal asrama. haha. aku rindu gila vavi + kura kura kat asrama tu. haha. banyak gila kenangan kat sana ouh. macam macam ragam manusia dapat dilihat disana. haha. tau la aku ketua asrama. aku boleh buat asrama tu macam pakcik halim punya je asrama tu. tak boleh bawak handphone aku bawak. cikgu pun relaks je. tak kesah je kan. haha. best kud. masa form 4 tak best la. tapi masa form 5 memang best gila. senior babe. sape nak lawan. haha. aku teringat masa denda budak form 4. suruh dorang bangun solat subuh jemaah la. gotong royong la. haha. paling best time prep. haha. sape yang bising akan dikenakan denda jalan itik baca ikrar dekat asrama puteri. haha. ini semua ketua asrama punya kerja. haha. ada la sekali dua rumble budak kan. haha. nak merasa je macam mana rumble budak. haha. macam macam perkataan ouh aku belajar kat asrama tu. ricki line, rumble, poghot. haha. malam malam je bila lapar mengelupor cari maggie. haha. best kud. haha. siket siket form 4 yang kene siket siket form 4 yang kene. form 5 baik kud suma. haha. best best buli budak form 4 masa tu. hahaa. main keja keja dengan warden pon best jugak. haha. 


ape pon paling best sekali waktu sport. masa hari sukan sekolah best gila. haha. segala acara long distance aku sapu emas. bengang je si sehfi nazwan bin mat seh tu dengan aku. haha. merentas desa pon aku sapu emas sekali. best gila kud. kenangan yang paling best la kononnya. haha. tapi ada lagi best. masa aku pergi lawan bola daerah. perghh! best la siot. aku menjadi penjaring terbanyak untuk sekolah aku. haha. tapi sayanggggggg, kita orang kalah kat final. tapi tak pe la. dapat nombor dua pun jadi la. tak kesah. janji pegi final kud. haha. aku teringat waktu separuh akhir. lawan sek men tuanku besar burhanuddin. menang 1-0 je. haha. aku teringat masa aku score tu tengok cikgu sarawak melompat lompat seronok dia. haha. aku tak payah cakap la. macam monyet dapat rose kud. haha. bestbest. tapi tu suma tinggal kenangan je. kalau dapat ulang lagi kan best. :)




memang betol ouh orang kata. zaman sekolah merupakan zaman yang paling best sekali. tambah tambah lagi kalau duduk asrama. lagi best. haha. rindu asrama, rindu sekolah, rindu pergi terengganu, rindu nak tidor time mpav. hehe. :)

No comments:

Post a Comment