Tuesday, April 19, 2011

Ramai Yang Sudah Menjadi Seorang Pilot

okay. hye hello hei hui. wahwah! aku yang bercita cita nak jadi seorang pilot. tapi orang lain pulak yang dapat. haha. tapi dorang tu bukannya jadi pilot betol pon. bila dah terbang kat awan tak tahu macam mana nak mendarat dah. haha. anda faham ape maksud saya yang sebenarnya? tak faham? saya pon tak faham sebenarnya. haha. ok dah diam. jangan bising bising. mari kita cari maksud sebenar pilot yang aku cakapkan itu. haha. disebabkan saya ni amek english education masa kat sekola menengah teknik juasseh, saya akan huraikan makna "PILOT" tersebut. PILOT dalam bahasa melayunya ialah juruterbang yang menerbangkan pesawat seperti basudara=airbus A340,A380,A330 atau boeing 747. haha. itu sebenarnya angan angan saya untuk menerbangkan pesawat tersebut. tapi macam tak dapat je. haha. tapi tak pe la. back talk about the "PILOT". sebenarnya juruterbang tu bukan maksud saya yang sebenarnya. PILOT saya disini membawa maksud kepada orang yang lupa diri. tak la aku kata orang jadi pilot tu lupa diri. maksud aku orang yang lupa diri tu umpama menjadi seorang pilot yang lupa untuk mendarat. wahwah! banyaknya maksud. aku pon tak tahu ape yang aku tulis sebenarnya ni. haha. okok. straight to ampang point. tapi rumah aku nak pegi ampang point kene belok belok la. tak pe tak pe. lupakan pasal ampang point. kita cita pasal "PILOT". haha. pening kepala aku la tulis blog ni. haha. aku sebenarnya nak menulis tentang orang yang tidak reti menghargai pengorbanan orang lain semasa dia susah. orang tu la yang menjadi punca kejayaan dia kebahagiaan dia. orang tu jugak yang menjadi penyelamat ketika dia susah. tetapi susah sangat ke nak mengucapkan terima kasih kepada orang tu? bukan setakat tak ucap terima kasih malah lagi menghina dan melupakan orang yang pernah menolong dia. ingat la wei. orang yang tolong kau tu bukan nak kau bagi dia penghargaan anugerah pertolongan paling berharga wei. yang kau takut sangat apahal doe? tak luak pon kalau kau ungkapkan perkataan berbanyak terima kasih. memang orang yang tolong kau tu tak mintak kau menghargai dia. tapi cuma kau perlu fikir sendiri ape yang dia dah buat kat kau. dia tak mintak di hargai. tapi kau perlu menghargainya sendiri. kau ingat tak kau sedih? orang tu yang bagi kau gelak. kau ingat tak time kau susah? orang tu yang tolong kau. kau ingat tak time kau berak dalam seluar. orang tu yang tolong cucikan. upsss! tu telebih pulak. tak de kene mengena pon berak tu. haha. tapi tolong la. berdasarkan kajian aku kan. sekarang ni seorang kawan tu akan mencari seorang kawan tu kalau ada sesuatu yang ingin diminta tolong. maknanya menganggap kawan tu sebagai tisu. time hingus keluar je baru la cari dia nak pakai dia. time hingus tak da, bukan setakat nak tarik dia keluar dari kotak je kotak tisu sendiri pon tak nampak. huh! kalau tu tisu tak pe la. sape nak kawan dengan benda tak bercakapkan. tapi macam tu la sekarang. ramai yang buat kawan seperti tisu. ingat, kawan anda mempunyai perasaan kerana dia juga manusia seperti anda. ingat ok. hari ni kita senang. besok lusa sape tahu? fikir la sendiri. ingat tak semua orang yang berkawan dengan kita ikhlas. kita tak tahu kalau dia tak suka kita. sebab ape kita tak tahu? sebab dia tak beri tahu la kita tak tahu wei. haha. ok. back to the story. aku tulis blog ni sebab aku dah jumpa ramai orang macam tu. tak pe. aku memegang prinsip "biar orang buat kita, jangan kita buat orang". tapi ingat. aku benci orang tu aku takkan cakap aku benci orang tu. ok. aku cuma mintak la korang hargai la kawan yang ada sekarang ni. yarh, nobody perfect babe. but we have to try to be a perfect. sorry la kalau aku tulis ni ada yang menyinggung perasaan atau terasa. tapi memang tu pon niat aku. haha. tak de la. gurau je. aku mintak maaf kalau ada yang terasa. aku mintak korang hargai kawan korang je sebenarnya. tu la maksud sebenar bagi perkataan pilot aku tu. so korang jangan la jadi macam pilot tu. sebab pilot tu tak belajar. dia main bawak je kapal terbang tu. sebab tu tak tahu macam mana nak medarat tu. haha ok. bye.

No comments:

Post a Comment