Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

hyehye... bersemperna hari guru ni teringat aku kat guru guru yang pernah mebimbing aku semasa dizaman persekolahan. masih tak terlewat lagi aku rasa kalau nak ucapkan selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru terutama guru yang pernah mendidik aku di tadika kemas  nurul sa'adah , sekolah rendah kebangsaan lelaki jalan pasar 2, sekolah rendah agama nurul sa'adah, sekolah menengah cochrane perkasa dan sekolah menengah teknik juasseh. terima kasih sangat sangat kerana membentuk aku menjadi seorang manusia. segala pengorbanan cikgu cikgu tak dapat dibalas. aku hanya mampu balas dengan manfaatkan segala ilmu yang telah diberikan. eyheyh, ayat aku ni sedih pulak. haha. okok. sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku masa tahun lepas menjayakan sambutan hari guru disekolah aku. bertambah kusot lagi apabila aku telah dipilih sebagai ......



ketua biro murid? what.... hahaha.  nasib baik bukan aku sorang je yang menjadi ketua biro murid ni. disebabkan aku president prs di sekolah menengah teknik juasseh tu, aku dipilih menjadi ketua biro murid bersama ketua murid diekolah itu iaitu khairi zulfadhli @ miri merangkap kepada seorang sahabat yang paling baik ketika aku di teknik juasseh itu. naik fening kita orang nak uruskan hari guru ni. paling best sekali yang aku rasa apabila kita orang bersidang. haha. bermesyuarat seperti guru dibilik mesyuarat. hahaha. aku tergelak bila aku duduk dihapan sekali di kerusi pengetua. hahaha. miri lain la. dia memang muka biawak tak de perasaan je. aku pon tak tahu ape yang melucukan sebenarnya. tapi aku tergelak time tu. kadang2 tu aku jadi macam perempuan yang dipinang pun ada jugak. malu malu ayam plus katak je. haha. mana taknya. kalau dengan  ahli prs aku dah biasa la buat meeting. ni campur prs dan pengawas. jumlah menjadi banyak. maklum la. aku ni budak baik masa sekolah dulu. aku ni pemalu dihadapan wanita di sekolah itu dulu. hahaha. *padahal aku lah setan. :P. tapi ada jugak la malu dia. haha. kami berbincang itu ini. macam guru dah babe. aku rasa bangga je masa tu. hahaha. aku rasa kalau orang lain tengok muka aku time meeting tu muka aku mesti macam kambing berak kapur. hahahahaha. lepas meeting tu bermula la tugas kita orang untuk meraikan sambutan hari guru. wah! tugas aku paling best. disebabkan aku ni ketua biro murid. aku hanya menjadi boss dan mengarahkan anak anak buah yang lain membuat kerja dengan baik. hahaha. tapi tu sangkaan aku pada awal awal je la. tapi semua tu hanya mimpi semata mata. aku dan miri la orang yang lebih buat kerja . sehingga 2 3 hari kita orang tak masuk kelas dan balik hostel di tengah lewat malam. masa tu aku macam nak bergaduh dengan si miri ni pon ada jugak. mana tak nya. ye lah. hari guru lagi dua hari, lepastu dia boleh pergi ikud lawatan sekolah pergi ke klcc. perghhh! memang tak panas la hati aku. aku la sorang terkedek kedek handle sorang sorang. tapi lagi bertambah panas lagi apabila segala kerja aku seperti tak dihargai. dia balik je dari lawatan malam tu. segala kerja aku buat dia boleh pangkah semua. perghh! tak panas hati pulak aku masa tu.  besoknya tu aku tak pergi library. aku masuk kelas. lepas tu aku lari kejap pergi library tengok dorang buat kerja. aku bajet bajet merajuk je masa tu. hahaha. sebenarnya pagi tu aku tak nak masuk kelas. tapi disebabkan modul mpav aku banyak tertinggal so aku amek keputusan lepas 6 waktu mpav baru aku nak pergi library tolong dorang. hahaha. miri dah macam ape dah. mintak maaf dengan aku ape semua. aku bajet 2010 masa tu buat buat la merajuk. padahal aku memang dah planning macam tu pon. haha. lepas rehat je aku pergi library tolong dorang buat kerja. masa tu baru la miri tersenyum dan mula nak berkata kata. hahaha. psss, korang nak tahu tak. yang sebenanrnya miri ni lebih buat kerja dari aku. aku macam backup2 siket je. hahaha.thats why la sebenarnya aku tak kesah dia pangkah kerja aku. hahaha. aku tak dapat bayangkan kalau aku sorang je yang handle hari guru tu. aku rasa memang takkan jadi hari guru. hahaha. tapi kerja aku banyak kat buat tag untuk ajk ajk la. puas sorang sorang aku nak ingat nama dan biro dorang. haha. nasib baik simiri ni budak bijak pandai dia ada list semua tu. hahaha. aku pon tehegeh hegeh la siapkam suma tu. hehehe. tag orang lain aku buat macam nak tak nak je. sampai tag aku fuhh! paling kemas kud aku buat. hahaha. at last siap jugak kerja kita orang. tunggu majlis besok je. alhamdulillah la majlis pun berjalan dengan lancar. ada sukaneka ape semua. yang paling best dapat pujian dari guru. hehehehe. baru aku tahu macam mana susahnya nak uruskan sesuatu majlis tu. tapi aku sedar, majlis tu sahaja belum cukup untuk aku membalas jasa jasa guru yang ada. ape ape pun aku dah cuba manfaatkan ape yang telah diajar oleh guru guru yang pernah mengajar aku. sebelum aku terlupa aku nak ucapkan kepada ajk lain yang bantu aku dengan miri jayakan majlis tersebut. hehehe. itu la pengalaman aku paling manis dekat smtj. ;). selamat hari guru sekali lagi. :D


No comments:

Post a Comment