Friday, May 27, 2011

For The Firsttime.......

hyeheihuihiehee. hahaha. aku ni sebenarnya nak cakap pon segan nak cerita pon malu. hahaha. tapi ini lah kali pertama dalam sejarah hidup aku benda ni terjadi. hahaha. sebenanrnya memang aku dah lama nak pergi tengok benda ni. kadang tu ada jugak niat nak merasa sendiri bagaimana bila pergi ke tempat tu. hahahaa. aku tiap tiap malam tengok kawan aku pergi. dia kata best. aku pun tengok macam best. so, lagi bersemangat la aku nak ke tempat tu. hahaha. pada satu malam tu aku keluar lepak dengan saudara aku. selepas je lepak dengan saudara aku tu aku balik la rumah. lepastu aku tengok ada la dalam 7 orang kawan aku. aku pun duduk duduk la sembang. lepastu aku tanya dorang nak pergi mana. dorang kata nak pergi tempat biasa la. aku pun ouh la. niat dihati memang nak pergi tapi aku dah janji nak webbie dengan orang tu malam tu. last last orang tu cakap tak jadi. erm. sedih je bunyi. tapi biar je la. buat buat tak kesah je la. masa dorang nak pergi tu 4 orang je. lagi 3 orang tak nak. lepastu yang pergi tu tany sapa lagi nak pergi. dia tanya aku nak pergi tak, aku cakap niat nak pergi tu memang ada. tapi tu la. kenderaan tak de. hahaha. pandai tak aku main politik? :p. lepastu tiga orang yang tak pergi mula2 tu cakap jum la. tapi kita pergi lambat siket. balik awal. aku pon ok je la. tiba tiba ada sorang ni nyampuk. a'ah an. best jugak pegi. nanti boleh makan steambot dekat downtown. aku pon ape lagi. terus mencelah la. betolbetolbetol *nada macam upin ipin tu. hahaha. lepastu yang 4 orang tu dah gerak dulu. kita orang gerak kemudian. aku pon tak sabar sabar la nak pergi. firsttime la kata kan. sebelum ni dengar orang cerita je. nak pergi sebelum ni ade je rancangan terbantut. tapi kalai ni pergi je la. hahha.lepastu detik yang ditunggu tunggu pon tiba. haha. bertolak la naik kereta kawan aku sorang ni.  sampai tempat tu je aku dah risau. wth plus wtf!!!!! ramai gila gayboy dekat situ. aku dah mcam risau je. aku jalan je orang pandang semacam. perghhh! istighfar aku banyak2. hahaha. korang tahu ke aku nak pergi mana sebenarnya ni? aku pergi memancing la. hahahaa. poyo tak aku. baru firsttime mancing. tapi aku tak mancing pon. aku tnegok kawan aku mancing je. hahaha. aku tengok dorang mancing macam bosan je. best pon sekali sekala  tu pun masa dapat ikan  best la.lepastu melangut je fikir masa depan. nasib la kawan aku sorang ni bawak psp.pastu lawan pulak bola sape goal paling banyak. jawapannya afiq la menangkan. hahaha.  lepastu nasib la ade sekor kawan aku ni perangai macam ape je. pelik pelik je perangai dia. tak de la bosan nak melayan dia. hahaha. lepastu dah nak pukul 4 kita orang gerak pegi makan stembot. perghhh! layan douh. memang sedap gila. tak puas je aku makan. rasa macam nak tambah je. hahha. tapi segan je nak tambah. hehehe. lepastu balik. sebenarnya tak de ape yang best pun. tapi tu la . orang firsttime pergi mancingkan. dia macam jakun sikit. hahaha. :D

Sunday, May 22, 2011

Malam Yang Dihujani Air Mata

mungkin ramai tidak percaya dan aku sendiri tidak menyangka. tetapi inilah hakikat yang telah dan akan terjadi. sedar tak sedar semua telah pergi meninggalkan aku. dan besok bakal menyaksikan aku kehilangan beberapa orang lagi kawan. dua orang rakan yang terlalu baik aku akan meninggalkan aku disini. megat norhafizi bin megat norshafifi  rakan yang selalu membantu aku ketika susah. walaupun perbezaan darjat kita terlalu jauh tetapi kau tak pernah kesah kawan dengan aku. begitu juga tengku muhammad isma bin tengku daniel hafizun, seorang yang periang walaupun mempunyai masalah. aku masih ingat kata kata kau. perbezaan darjat bukan alasan untuk kita tak berkawan. thanks megat thanks tengku. korang memang kawan baik aku. megat, bila kau dah sampai dekat russia jangan lupa aku. kau study elok elok. nanti kalau kau balik malaysia text aku k wei. tengku, kau pegi matriks tu elok elok. kau tak pe lagi. kau dekat je dengan aku. nanti kau free text aku k wei. take care wei. aku masih teringat pasal kita tiga. aku takkan lupakan semua kenangan kita wei. tadi aku nangis kejap teringat pasal malam tadi. kita nangis sama sama. balik aku nangis lagi. hurm. besok jugak aku akan kehilangan seorang lagi orang yang aku sayang. walau hanya beberapa hari mengenali dia, pelbagai kenangan telah terukir. aku gembira bersama dia. sudah hampir 2 hari aku menangis kerana dia. tak pernah aku menangis kerana akan ditinggalkan. tetapi inilah kali pertama. aku pun tak tahu ape yang sebenarnya yang bermain difikiran aku. malam ini sekali lagi menyaksikan aku menangis kerana dia. aku pasti dia akan melupai aku suatu hari nanti. aku terlalu sayangkan dia. aku rindukan saat bersama dia. entah la. bila lagi la kita akan bersama. walaupun kita tak pernah bercinta bersama tetapi aku terlalu sayangkan dia. dia sangat sempurna buat aku. biarlah aku hanya bertepuk di sebelah tangan tetapi aku tak kesah ape yang akan orang katakan. kerana perasaan aku sangat mendalam kepada dia." you, i mintak maaf sebab i dah banyak sakitkan hati you. mintak maaf sangat sangat you.  i tahu i sangat teruk dan i tak baik. i doakan you semoga jumpa lelaki lebih baik dari i. i doakan you akan happy dengan orang lain. thanks sebab happykan i. thanks sangat you. last for you i love you so much." hurm. aku akan sedih sedih dan terus sedih ingat dia. :(

Keputusan Muktamad

ok. pada 22mei2011 kelihatan ramai yang sedang bergumbira. selepas je pukul 12. kelihatan status di fb ramai yang mengupload tawaran kemasukan mereka ke politeknik yang bersebelahan dengan rumah mereka. haha. confirm je sebelah. aku pon cuba untuk check. dupdap dupdap ni nak check. sekali check. tahniah! anda telah berjaya blablablabla diploma kejuruteraan mekanikal. wtf! kenapa aku dapat mekanikal? aku tak minat lagi nak study benda benda macam tu. cukup la aku dah belajar kat sekolah menengah teknik dulu. dahdah. aku ambil keputusan untuk tidak study di politeknik tersebut. apabila puan zanorah bertanya dengan lantas anaknya yang sangat bertuah ini berkata tidak dapat. hahaha. jahat douh aku. tipu family aku cakap tak dapat. haha. terok betol anak pak cik abdul halim ni. haha. aku bukan ape. aku fikir juga. takkan aku nak study benda yang aku tak minat. aku jugak yang akan rugi nanti. ye la, benda tak minat lepastu aku takut aku study benda tu nanti aku tak boleh nak bawak. aku lagi yang akan rugi nantikan. dan pilihan yang terbaik untuk aku adalah tolak tawaran itu dan  pergi ke unisel untuk study masscomm. hahaha. lagi pon kalau mekanikal ada mathh. aku communication and media tada math. aku ni dah la orang paling bijak dalam math. hahaha.  so keputusannya saya akan further di UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR KAMPUS SHAH ALAM. say hye to unisel and goood bye to my home. hahaa.. daaa~

Thursday, May 19, 2011

Adakah "Dia" Pengubah Segalanya?

ok. aku tak tahu nak taruk TITLE ape sebenarnya. tapi aku rasa tu la title paling sesuai untuk aku letak. mengapa adakah dia pengubah segalanya? ok. mari saya ceritakan. sebelum tu cikgu nak anak anak murid cikgu dengar dengan baik dan berikan perhatian kepada cikgu yea. cikgu nak bercerita sedikit tentang tajuk ini. biar cikgu bahasakan diri cikgu sebagai aku boleh murid murid? ok la. mari mendengar cerita ini ok. aku pon tak tahu macam mana nak mulakan cerita ni sebenarnya. ok la. macam ni. sebenarnya aku menyimpan hajat untuk single atau dalam erti kata lain iaitu tidak berpasangan sehingga aku ke ipt. tak kesah la ipt mana pon yang aku pergi nanti aku tetap akan pegang prinsip aku. mengikut planning yang dirancang oleh arkitek yang terpilih aku hanya akan menamatkan zaman single aku semasa berada di ipt je. bermaksud aku hanya akan mencari kekasih hati semasa di ipt je la. sebelum ni aku memegang kepada prinsip "HANYA MENCARI AWEK DI IPT SAHAJA". memang sebelum ni ramai la gadis gadis yang aku jumpa sana sini. yang cantik yang cun yang meletup yang tak cun yang tak cantik yang tak meletup yang busuk wangi gemuk kurus keding semua la aku jumpa. memang ada la aku texting dengan orang lain. namun semuanya tak lama pon. texting sekejap sekejap je la. lepastu aku rasa malas untuk bertexting. aku takut kalau akut text dorang nanti mula la aku jatuh hati la ape la. tak sampai pulak prinsip aku nanti kan. semuanya berjalan lancar. aku tak sangka afiq boleh berbuat sedemikian. kerana dia selalu bosan bila tiada orang nak bertexting dia. tetapi entah bagaimana tiba tiba dia boleh mengawal keadaan itu menjadi baik. thats good abdul afiq. haha. tapi benda tu tak lama. sehingga la satu hari aku menambah atau "mengADD rakan" seorang gadis itu di laman sosial facebook. entah bagaimana tiba tiba dia boleh melayan gadis tersebut. gadis tu pon seolah olah memberi respond kepada aku. aku pun layan la dia dengan baik. sehingga tidak tidur suatu hari tu. dia tak online aku tunggu dia sampai 3 4 pagi. aku tak tahu ape yang bermain di perasaan aku ni. seperti difacebook aku tak sabar nak on fb ketika pulang dari salah satu negeri yang agak jauh dari rumah aku. dimana prinsip aku yang dulu? adakah ianya hanya satu mimpi. yarh. aku mengaku dan akui aku mula merasakan sesuatu yang indah semasa berchatting dengan dia. aku tak tahu apakah itu. mungkin dia tak seperti wanita yang aku kenal sebelum ini. dia sangat berbeza dengan wanita wanita lain. dia mempunyai tarikan yang tersendiri. baru sahaja 2 3 hari kita berkenalan. tapi aku rasa bahagia dan happy sangat bila bersama dia. aku sedih bila dia akan mendaftar di ipt pada hari yang hampir tiba. aku rasa jelous apabila suatu hari aku berwebbie dengan dia dan kedengaran handphonenya berbunyi. aku seolah rasakan itu pasti text yang dihantar oleh boyfie dia. aku mula seperti gelisah. yela, tiada siapa yang akan hantar mesej ketika jam 4 pagi melainkan itu boyfie dia sendiri. aku couple dulu pun macam tu jugak. aku tahu semuanya. namun aku tidak pasti sama ada benar atau tidak sangkaan aku itu. entah la. aku mula tertarik dengan dia. aku tak tahu la ape yang aku rasa ni dia rasa sekali atau tidak. firasat aku mengatakan tidak. namun hanya dia sahaja yang mengetahui benar atau tidak. aku merasakan aku seperti bertepuk di sebelah tangan sahaja. mungkin aku tidak berjaya untuk mendapatkan dia. aku pasti, perbezaan taraf aku dengan dia terlalu jauh. aku pasti dia jauh lagi kaya dari aku. aku tidak lah sekaya mana. hanya orang biasa sahaja. aku cuba buat dia happy dan dia berjaya membuat aku gembira. entahla. aku sedih sangat bila dia tak reply text aku. dia kata dia tak suka texting. dia kata macam semak je texting semua ni. aku cuba terima hakikat itu dengan baik. kalau ditakdirkan aku tidak bersama dia, aku terima dengan hati yang terbuka. aku sedar siapa sebenarnya diri aku ini. sehingga sekarang aku masih menanti dia on fb dan reply text aku. hari ni sahaja sudah dua kali dia tak reply text aku. mungkin dia busy kud. tak mengapalah. abaikan saja.aku terus tunggu dan menunggu kehadiran dia. setiap kali aku teringat dekat dia mesti aku buka page fb dia aku tengok picture dia. selalu aku lakukan begitu. hurm. aku dapat rasakan dia tak rasa seperti yang aku rasakan. kalau dia di tempat aku mesti dia tak kesah aku reply ke tak text dia dan aku on fb ke tak. aku pasti dia rasa sebegitu. ye la, aku tak sehandsome lelaki lain diluar sana. aku tak sekaya lelaki lain diluar sana. aku tak tahu dimana lagi aku nak mengadu selain di sini lah tempat menjadi pelepas segalanya.  aku mula rasa *A**** dekat dia. aku terlalu **N** dekat dia. mengapa aku rasa begini?  aku sendiri pun tidak tahu ape yang terjadi dekat aku. sekali lagi kalau ditakdirkan aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku aku terima dengan sebaiknya dan mendoakan semoga dia dapat lelaki yang lebih baik dari aku dan lebih sesuai untuk dia. hurmm. ok la murid murid cikgu. sampai sini sahaja la cerita yang cikgu nak ceritakan. semoga murid murid tidak menjadi seperti cikgu ye. selamat tinggal. :)

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

hyehye... bersemperna hari guru ni teringat aku kat guru guru yang pernah mebimbing aku semasa dizaman persekolahan. masih tak terlewat lagi aku rasa kalau nak ucapkan selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru terutama guru yang pernah mendidik aku di tadika kemas  nurul sa'adah , sekolah rendah kebangsaan lelaki jalan pasar 2, sekolah rendah agama nurul sa'adah, sekolah menengah cochrane perkasa dan sekolah menengah teknik juasseh. terima kasih sangat sangat kerana membentuk aku menjadi seorang manusia. segala pengorbanan cikgu cikgu tak dapat dibalas. aku hanya mampu balas dengan manfaatkan segala ilmu yang telah diberikan. eyheyh, ayat aku ni sedih pulak. haha. okok. sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku masa tahun lepas menjayakan sambutan hari guru disekolah aku. bertambah kusot lagi apabila aku telah dipilih sebagai ......



ketua biro murid? what.... hahaha.  nasib baik bukan aku sorang je yang menjadi ketua biro murid ni. disebabkan aku president prs di sekolah menengah teknik juasseh tu, aku dipilih menjadi ketua biro murid bersama ketua murid diekolah itu iaitu khairi zulfadhli @ miri merangkap kepada seorang sahabat yang paling baik ketika aku di teknik juasseh itu. naik fening kita orang nak uruskan hari guru ni. paling best sekali yang aku rasa apabila kita orang bersidang. haha. bermesyuarat seperti guru dibilik mesyuarat. hahaha. aku tergelak bila aku duduk dihapan sekali di kerusi pengetua. hahaha. miri lain la. dia memang muka biawak tak de perasaan je. aku pon tak tahu ape yang melucukan sebenarnya. tapi aku tergelak time tu. kadang2 tu aku jadi macam perempuan yang dipinang pun ada jugak. malu malu ayam plus katak je. haha. mana taknya. kalau dengan  ahli prs aku dah biasa la buat meeting. ni campur prs dan pengawas. jumlah menjadi banyak. maklum la. aku ni budak baik masa sekolah dulu. aku ni pemalu dihadapan wanita di sekolah itu dulu. hahaha. *padahal aku lah setan. :P. tapi ada jugak la malu dia. haha. kami berbincang itu ini. macam guru dah babe. aku rasa bangga je masa tu. hahaha. aku rasa kalau orang lain tengok muka aku time meeting tu muka aku mesti macam kambing berak kapur. hahahahaha. lepas meeting tu bermula la tugas kita orang untuk meraikan sambutan hari guru. wah! tugas aku paling best. disebabkan aku ni ketua biro murid. aku hanya menjadi boss dan mengarahkan anak anak buah yang lain membuat kerja dengan baik. hahaha. tapi tu sangkaan aku pada awal awal je la. tapi semua tu hanya mimpi semata mata. aku dan miri la orang yang lebih buat kerja . sehingga 2 3 hari kita orang tak masuk kelas dan balik hostel di tengah lewat malam. masa tu aku macam nak bergaduh dengan si miri ni pon ada jugak. mana tak nya. ye lah. hari guru lagi dua hari, lepastu dia boleh pergi ikud lawatan sekolah pergi ke klcc. perghhh! memang tak panas la hati aku. aku la sorang terkedek kedek handle sorang sorang. tapi lagi bertambah panas lagi apabila segala kerja aku seperti tak dihargai. dia balik je dari lawatan malam tu. segala kerja aku buat dia boleh pangkah semua. perghh! tak panas hati pulak aku masa tu.  besoknya tu aku tak pergi library. aku masuk kelas. lepas tu aku lari kejap pergi library tengok dorang buat kerja. aku bajet bajet merajuk je masa tu. hahaha. sebenarnya pagi tu aku tak nak masuk kelas. tapi disebabkan modul mpav aku banyak tertinggal so aku amek keputusan lepas 6 waktu mpav baru aku nak pergi library tolong dorang. hahaha. miri dah macam ape dah. mintak maaf dengan aku ape semua. aku bajet 2010 masa tu buat buat la merajuk. padahal aku memang dah planning macam tu pon. haha. lepas rehat je aku pergi library tolong dorang buat kerja. masa tu baru la miri tersenyum dan mula nak berkata kata. hahaha. psss, korang nak tahu tak. yang sebenanrnya miri ni lebih buat kerja dari aku. aku macam backup2 siket je. hahaha.thats why la sebenarnya aku tak kesah dia pangkah kerja aku. hahaha. aku tak dapat bayangkan kalau aku sorang je yang handle hari guru tu. aku rasa memang takkan jadi hari guru. hahaha. tapi kerja aku banyak kat buat tag untuk ajk ajk la. puas sorang sorang aku nak ingat nama dan biro dorang. haha. nasib baik simiri ni budak bijak pandai dia ada list semua tu. hahaha. aku pon tehegeh hegeh la siapkam suma tu. hehehe. tag orang lain aku buat macam nak tak nak je. sampai tag aku fuhh! paling kemas kud aku buat. hahaha. at last siap jugak kerja kita orang. tunggu majlis besok je. alhamdulillah la majlis pun berjalan dengan lancar. ada sukaneka ape semua. yang paling best dapat pujian dari guru. hehehehe. baru aku tahu macam mana susahnya nak uruskan sesuatu majlis tu. tapi aku sedar, majlis tu sahaja belum cukup untuk aku membalas jasa jasa guru yang ada. ape ape pun aku dah cuba manfaatkan ape yang telah diajar oleh guru guru yang pernah mengajar aku. sebelum aku terlupa aku nak ucapkan kepada ajk lain yang bantu aku dengan miri jayakan majlis tersebut. hehehe. itu la pengalaman aku paling manis dekat smtj. ;). selamat hari guru sekali lagi. :D


Monday, May 16, 2011

Fixy Oh Fixy!

ok. first sekali aku nak mintak maaf kepada budak budak fixy yang lain dan rakan rakan ku yang menggunakan fixy.aku tahu korang tak macam ape yang aku nak ceritakan ni. firts thing aku nak beritahu bahawa disini saya mengaku saya tidak menyukai budak fixy. i dont know korang bawak fixy tu sekadar untuk action, nak nampak bergaya , nak orang tengok korang or ape2 je la. i dont think budak yang ride fixy ni ride for exercise sport and anything la yang seangkatan dengannya. just tell me for what you'll ride fixy beramai ramai diatas jalan raya and then buat fixy korang tu jalan tengah2 seperti korang tengah drive kereta. aku tahu, tak semua yang ride fixy macam tu. for the firsttime aku tengok fixy ni aku mula rasa minat dan tertarik la dengan benda alah tu. but since aku pergi jogging dekat tasik titiwangsa tu aku mula tak suka kepada budak budak fixy. aku tak tahu ape motif dorang suma ride beramai ramai kat situ, kat track jogging tu.dah la guna track tu sepenuhnya. orang jogging pon tak reti nak hormat. semuar orang nak dilanggarnya. yang tua yang muda yang baru lahir yang baru cuba nak merangkak suma korang nak langgar. aku pun pernah terkena. hampir hampir aku nak masuk tasik yang besar tu. nasib baik la aku tak dapat mandi percuma. kalau akau mandi percuma. fuhh. memang aku ajak korang sekali la mandi. aku bertambah bengang lagi time aku drive. perghh!kalau jalan tu 6 lane 6 6 tu korang punya jalan. adoiyai! masa test jpj aku hampir2 langgar budak fixy. time drive sekarang ni memang tak payah cakap la. besepah je budak fixy aku tengok. kalau drive malam malam memang tak payah cakap la. fixy umpama kereta yang menggunakan enjin vtec haha. seboleh boleh jalan yang paling kanan sekali dorang nak lalu. perghhh! kalau kene langgar nanti mak ayah nangis la korang sakit la. sayang nyawa la wahai abang2 fixy oi. basikal boleh beli abang, nyawa kat pasar malam selonggok 10 ringgit. haish. to all budak budak fixy. next time be carefully when you ride the bike. ingat la. korang naik basikal kulit balut besi, orang lain naik kereta besi balut kulit. hope you'll know what the meanings for thats word. daaa.